BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

May 2, 2009

Gaji RM18 masih nak sambut hari Buroh?

Perdana Menteri Malaysia yang baru, Datuk Seri Najib Tun Razak, menyatakan Malaysia bukan lagi boleh dikategorikan sebagai negara pengeluar dengan pasaran buruh yang murah. Tetapi Malaysia juga belum mencapai status negara yang mempunyai tingkat teknologi yang mampu menjadi penaraju sektor pembuatan. Oleh itu, usaha untuk menarik pelabur dengan dasar kerajaan dan sektor perkhidmatan yang cekap adalah suatu yang perlu dirombak untuk mengekalkan daya saing Malaysia. Saya masih ingat suatu masa dulu(tidak beberapa lama), Menteri Perdagagan Antarabangsa ketika itu, Datuk Seri Rafidah Aziz semasa memasarkan peluang pelaburan di Malaysia, menonjolkan aspek buruh yang murah sebagai kekuatan yang ada pada Malaysia.

Berapa murah? Jawapan saya RM18 sehari. Jika dikali 26 hari bekerja sebulan maka secara kasar pekerja tersebut memperoleh Rm468 sebulan belum ditolak caruman KWSP dan SOCSO. Maka gaji bersih hanya lebih kurang RM400. Cukupkah RM400 dalam kehidupan hari ini? Inilah yang dinamakan faqir walaupun bekerja. Bayangkan berapa jam keja lebih masa(OT) yang perlu untuk memperoleh pendapatan RM1000 sebulan?

Gaji lebih kurang RM18 sehari adalah gaji standard bagi operator pengeluaran. Malah kebanyakannya adalah berdasarkan gaji hari, tiada kenaikan tahunan dan tiada bonus tahunan. Saya pernah bekerja di sebuah syarikat antarabangsa yang mengeluarkan peralatan elektronik terkenal. Pekerja-pekerja gaji RM18 sehari ini mula bekerja pada pukul 8 pagi, hanya rehat sepuluh minit pada waktu pagi, setengah jam waktu tengah hari, dan 10 minit lagi pada waktu petang sebelum balik pada pukul 5.40 petang. Dan ia selaras dengan Akta Buruh. Ada sesetengah mereka yang nampak gah dengan kereta baru dsbnya, tetapi hakikatnya mereka membanting tulang dan mengikat perut untuk membayar installment bulanan.

Beberapa bulan yang lepas saya menghadiri suatu seminar, di mana dalam seminar tersebut menunjukkan fakta bahawa sektor perusahaan sawit merupakan penyumbang no.2 pendapatan Malaysia pada tahun 2008 selepas minyak dan gas. Dijangkakan dengan harga sawit yang kompetitif dan penurunan harga minyak mentah, ia akan menjadi penyumpang terbesar perolehan negara. Tetapi bagaimana dengan nasib buruh di ladang sawit dan kilang sawit. Mereka masih lagi hidup dalam kepompong kemiskinan. Gaji asas operator kilang sawit yang dipersetujui oleh Persatuan Pekerja Sawit,, hanyalah RM13.50 sehari, itupun setelah kenaikan RM1 hasil dari perjuangan belasan atau puluhan tahun. Yang mengaut keuntungan hanya tokey2 sawit, pengarah2 agensi kerajaan dan mereka yang terlibat dengan niaga pasaran hadapan sawit. Malah kestabilan BSKL banyak dibantu oleh pasaran derivatif sawit. Tetapi,mereka yang benar-benar pekerja di industri ini kekal bagai hamba abdi menanggung kesenangan mereka yang duduk senang lenang di atas.

MASALAH BUROH ADALAH AKAR PERJUANGAN SOSIALISME YANG DIKOSMETIKKAN
KAPITALISME

Kita tahu asas kebangkitan sosialisme adalah penindasan kapitalis kepada buruh. Revolusi Bolshevik adalah lambang kejayaan mereka dalam memperjuangkan nasib golongan ini. Tetapi mereka hanya bertahan sekejap sahaja. Kapitalisme memasukkan konsep ini dalam ideologi mereka. Tetapi hakikatnya, BUROH TIDAK LEBIH DARI HAMBA ABDI BERBAYAR DALAM SISTEM KAPIATALISME.

Dalam Islam, hubungan antara pekerja dan majikan adalah menerusi akad ijarah yang wajib dipenuhi rukun dan syarat sahnya. Dan menjadi kewajipan negara untuk menjaga kemaslahatan kedua-dua pihak ini agar selari dengan hukum Islam. Selagi mana khilafah Islamiah tidak tertegak, selagi itulah buruh akan menjadi hamba berbayar dan kesejahteraan hidup dalam nauangan Islam tidak akan kita kecapi.

0 comments: