Anak merupakan Anugerah Terindah dari Yang Maha Esa
Nur Qaseh Batrisyah
sekarang berumur 2 tahun 7 bulan
Sebelum umi nak bersalinkan Nur Qaseh Batrisyah, umi berkali2 memohon ampun dan maaf kepada kedua nenda & tok mu sayang. Begitu jua kepada ayahmu.. berkali2 umi mohon walaupun mereka kata yg umi x pernah buat salah kepada mereka..Umi takut sangat jika umi ada buat salah hingga mengguris hati mereka..Umi takut umi susah hendak melahirkan mu sayang..Dengan kuasa Tuhan tepat jam 1 pagi ari ketuban umi telah pun pecah..ayahmu sentiasa disisi umi w/pun pelawat tidak dibenarkan tinggal di dlm wad. tetapi nurse yg baik hati telah membenarkan.
Jam hampir menunjukkan pukul 10pagi dan masa itulah umi bertarung dgn nyawa nan satu untuk melahirkanmu sayang. Sekuat hati umi push, tetapi tidak berjaya. Doc cuba utk vacum shj.. tetapi tidak berjaya..umi berusaha lagi, kali nie dengan forcep pula..sambil push sambil besi tu memegangmu untuk di tarik keluar..Alhamdulillah tepat jam 11.35am selamat umi melahirkan seorg bayi pompuan (comel & tembam) yg beratnya 3.85kg secara forcep. Umi hampir dibedah sekiranya gagal dengan cara itu.Berkat semangat umi dan ayah sentiasa memberi semangat dengan saki baki kudrat yg ada, lahir jua dirimu kedunia..
Bertapa indahnya pengalaman itu yg tidak bisa umi rasainya lagi..
Harapan umi : Agar Qaseh menjadi anak yang solehah, sentiasa menjaga kehormatan diri & maruah keluarga. Menjadi anak yg penuh dengan ilmu dunia & akhirat. Sentiasa ingat sega la pengobanan umi+ayah untuk membesarkanmu dengan itu dirimu sentiasa menghormati ayah+umi. AMIN
2 comments:
salam...
okey.noted.
gud luck yer
mekacih..
Post a Comment