Aku dapat berita yg amat menyedihkan dari Mmom. Jiran aku Asyraf telah meninggal dunia pada 20.05.2009. Arwah telah menghembuskan nafas yang terakhir di HKL. Arwah pergi pada usia 24 tahun.
Aku betul2 terkejut ttg berita tu. Bertakuk air mata aku. Yelah hati seorg ibukan..kehilangan anak mmg perit rasanya.Tapi TUHAN lebih menyayanginya.
Arwah mengidap peparu berair & ada beberapa penyakit yg lain. Genap sebulan dia menjadi penghuni HKL.
Lebih menyedihkan lagi ialah hadiah yang Pak cik Usop terima semasa hari jadinya ialah jasad arwah Asyraf. Arwah telah pergi pada hari lahir ayahnya. Turut merasakan kehilangan arwah ialah MDad. Ayahku amat rapat dengannya. Anak murid ayahku..Ayah terlampau sedih..ye..aku boleh rasakan apa yg ayah rasa. Kerana aku mmg rapat dengan ayah.
Ayah...sabar ye..kakak x tau nak cakap macam mana.Tp kakak tau perasaan ayah..Ayah sabar ye..
Pada sesiapa yg membaca atau terbaca blog aku nie, sedekahkan la Al-Fatihah untuk Arwah Asyraf.Arwah seorg budah yang baik. Keluarga arwah banyak membantu keluarga kami. Al-Fatihah...
May 22, 2009
Semoga Di Cucuri Rahmat..AMIN
Posted by Koleksi Cadar Qaseh at 2:14 PM
Labels: Al-Fatihah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment