BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Apr 24, 2009

Dugaan Paling Besar in MLife


Pada tarikh keramat ini la, berlaku sesuatu yg tidak ku t'duga dlm umahtangga aku. Apa yg terjadi membuat aku hampir hilang pedoman.Tetapi mungkin setiap kali ku berdoa selepas solat agar "Engkau tabahkan la hati ini menghadapi segala dugaan". yang menjadikan aku tabah menghadapinya wpun separuh mati aku menanggungnya



Mujurlah aku mempunyai adik2 ipar & biras yg ikhlas memberi semangat kpd ku. Selama ini aku tidak sedar. Aku hanyut dgn keegoanku tanpa memikirkan hati & perasaan org yg t'sayang. Akhirnya aku kecundang jua....


Org yg kusayang telah mengambil keputusan yg drastik dimana aku sendiri tidak menyangka di atas tindakannya itu. Hampir 2 minggu aku b'endam air mata. Aku menyesal, aku tidak akan mengulanginya lagi.. Kerana keegoan & tiada rasa ****** lah, situasi ini berlaku.


** Hanya Tuhan Yang Tahu **



Belum sempat dugaan ini berlalu datang lagi dugaan dlm hidup aku. Bak kata perpatah sudah jatuh ditimpa tangga.


Qaseh semlman tidak tido.Setiap selang 10 minit sakit perutnya datang. Bile Mbby sakit dia akan menonggeng2 menahan sakit. Pada pagi selasa biras aku Zaini bawa kami ke HUKM. Smpai di sana & setelah check-up dibuat, akhirnya doc minta Mbby ditahan WAD. Sekali lagi aku hilang punca.. Aarrggghhh...sedihnya..apa perlu aku lakukan...apa sebenarnya penyakit yg Mbby tanggung nih...


Setelah ultrasound dibuat, barulah kami semua tahu yg usus kecil telah masuk ke usus besar dia. Bagaimana ini terjadi...???!!! Doc kata punca paling hampir yg menyebabkan penyakit ini adalah DEMAM. Ha..mcm tu pun boleh jadi ke?? Disbbkan bakteria demam tu telah merebak ke usus besar dan usus itu dah bengkak. Entahlah..dugaan-dugaan...Aku kena kuat hadapi semua ini.


Selepas ultrasound dibuat, aku diminta untuk sign surat kebenaran supaya proses mengeluarkan usus kecil dapat dilakukan. Mhubby tanya mcm mana proses ini dibuat & ada apa2 yg boleh terjadi pada anak kami semasa proses ini dibuat. So, doc kata air sebnyk 1 liter akan dimuskkan melalui bontot dan dipam ke usus besar.ADA kemungkinan, usus kecil akan bocor semasa proses ini dijlnkan. Biler ini berlaku, automatic Mbby kena operation. Ya Allah.....besarnya dugaan yang aku hadapi kali ini...Tanganku terketar2 & aku berdoa selamatkanlah anak ku Ya Alla seblum aku sign borang tu.


Aku & Mhubby tidak dibenarkan masuk. Kami diminta untuk tunggu di luar.Proses dijlnkan tanpa Mbby diberi ubat bius. Apa lagi meraunglah buah ati aku...UMI....NANAKLAH...AYAH.......OLONG......NANANKKK....UMI....luluh ati seorg ibu mendengar jeritan anak yg tersayang..Aku menangis semahu2nya dibahu Mhubby.Hampir 1/2 jam kami menanti..Akhirnya selesai jua dan dgn izin Tuhan yang maha Esa, Mbby selamat seadanya. SYUKURLAH....


Cuma Mbby disuruh puasa 24 jam bg menggurangkan bengkak pd usus besar tu. Maknanya besok paginya baru boleh mkn & minium seperti biasa.


Bermlmlah aku anak b'anak di hospital.Sempat jua aku b'doa & panjatkan kesyukuran dgn apa yang t'jadi..Ada hikmah disebalik dugaan yg datang menimpa2 ini..


sayang ampunilah aku, aku b'janji tidak akan mengulanginya..


** Dan Hanya Tuhan Jua Yang Tahu Apa Yang Berlaku **



Qaseh di masukkan ke wad pada 21.04.2009 di tkt 4, Wad 4 & katil no 4. No 4 hikmah bagi Qaseh.



0 comments: